Jawapan ringkas — kalau nak saya check kes anda, tekan “Hantar Ke WhatsApp”.
CCRIS/CTOS saya ada record — masih boleh lulus?
Boleh jadi
ya, bergantung jenis record (tunggakan/arrears, status AKPK, rekod kad kredit) dan trend pembayaran. Cara paling selamat:
- Share ringkas keadaan (tunggakan berapa bulan / sudah settle?)
- Kita susun strategi: naik DP, pilih varian sesuai, atau betulkan komitmen
PTPTN kira dalam DSR tak?
Ya, biasanya dianggap komitmen bulanan. Jika PTPTN tinggi, kita boleh:
- Pilih ansuran kereta ikut bajet DSR
- Cadangkan tempoh/DP yang lebih “safe”
Perlu guarantor / penjamin?
Kadang-kadang bank minta penjamin bila profil risiko tinggi (baru kerja, gaji tak stabil, komitmen tinggi, atau rekod tertentu).
Jika ada penjamin, pastikan penjamin juga ada profil kewangan yang “clean”.
Saya kerja cash / freelancer / Grab — boleh apply?
Boleh, tetapi bank perlukan bukti pendapatan yang konsisten. Contoh dokumen:
- Bank statement 6 bulan (aliran masuk stabil)
- Dokumen sokongan: invoice / penyata e-hailing / SSM (jika ada)
Kad kredit saya banyak / limit tinggi, effect tak?
Ya, kad kredit boleh beri kesan pada DSR terutama jika ada baki atau minimum payment. Tips:
- Kurangkan baki (settle) sebelum apply
- Elak buka kad/loan baru dekat-dekat tarikh permohonan
Baru kerja (kurang 3 bulan) boleh beli?
Boleh jadi, tetapi lebih kuat jika ada:
- Payslip sekurang-kurangnya 3 bulan (atau offer letter + statement support)
- Downpayment lebih baik / komitmen rendah
OT / elaun boleh kira untuk loan?
Bergantung bank. Biasanya perlu konsisten (3–6 bulan) dan masuk dalam penyata/payslip.
Jika ada OT tinggi, kita boleh guna untuk kukuhkan kelayakan.
Umur saya hampir 60 — boleh buat 9 tahun?
Tempoh kelulusan biasanya ikut polisi bank + umur pada tamat pinjaman. Jika umur hampir had, tempoh mungkin dipendekkan.
Beritahu umur + pekerjaan, saya boleh cadangkan tempoh terbaik.
Downpayment 0% boleh?
Kebiasaannya DP membantu lulus dan turunkan ansuran. DP 0% mungkin ada dalam situasi tertentu,
tetapi profil anda perlu lebih kukuh. Paling selamat: DP minimum yang anda mampu.
Saya ada trade-in — boleh bantu kurangkan ansuran?
Ya, nilai trade-in boleh jadi “DP tambahan”. Lagi tinggi trade-in value → loan amount turun → ansuran turun.
WhatsApp gambar kereta + detail mileage untuk anggaran awal.